Saturday, 28 July 2012

Bila kita suka bercakap ^^,

Hey hey hey...
Karakter semua orang berbeza-beza dan ada satu karakter yang banyak orang miliki iaitu suka bercakap atau dalam erti kata lainnya, Suka Berbual dengan orang..
Suka sangat bercakap dan bercakap...

Dann kita yang kuat bercakap ni memang rasa sangat bosan lah bila kita tak jumpa kawan-kawan di sekeliling kita.
yelah, dah takda orang nak dengar omelan kita yang comel ni ^^,




Kita suka sangat bercerita pasal banyak benda seperti,,
1. Kisah-kisah lucu

2. Pasal diri kita
3. Movie,buku,gadget,fesyen dan trend kegemaran kita
4.Isu-isu hot
5. Perasaan dan emosi kita terhadap persekitaran
6.Tentang orang lain
7.Tentang orang yang kita suka
8. Merapu jak
dan macam-macam lagi lah... 

Dulu saya juga begitu... saya suka sangat bercakap,bercerita dan berbual dengan kawan-kawan...
tapi lama kelamaan, saya sedar akan sesuatu...
 Muka BOring.

Bila jak kita nak datang bilik dia, kawan-kawan dah mula senyum antara satu sama lain.
kita rasa pelik lah kan.
Kenapa dorang ni senyum senyum pulak?
kita tak perasan...

Lama-lama tu saya rasa pelik bila beberapa kali saya bertandang kat bilik dorang, dorang buat muka macam tu.. adui..pening..
Tapi saya taklah samapai tak guna akal dan fikiran saya..
saya fikir baik-baik,
saya renung dan fahami keadaan saya yang macam tu..
then finally i got some answer based on my own calculation lah.. (x tanya dorg pun)
saya buat berdasarkan reaksi dan penerimaan mereka pd saya.

1. Kawan-kawan senyum sesama sendiri sambil membuat kerja masing-masing bila saya masuk bilik dorang. 
 = dalam hati dorang cakap " dah datang dah minah kuat cakap ni, kita tengok berapa jam lagi dia merapu kat bilik ni"

2. Dorang angguk atau jawab sepata dua jak macam 'mmm..' 'ya'.. 'oh'
= dorang dah bosan lah tu. boring dah dengar suara mulut murai berkicau... 

3. Mereka menyampuk dengan suara yang kuat dan nada yang kurang enak didengar.
= sebagai cara halus nak suruh diam lah tu.

4. Mereka bercakap sama sendiri tanpa menghiraukan kita. paling parah dengan bahasa ibunda mereka yang kita tak faham.
= jum kita endahkan dia jak... takkan berhenti budak ni bercakap kalau kita biarkan.

5. Mereka bercakap menggunakan ayat tergantung
= tak nak kongsi rahsia lah tu. takut kita akan menyelidik dengan lebih lanjut dan lagi parah dia cerita dengan semua orang bukan boleh percaya sangat budak macam kita ni kan.

dan banyak lagi lah...
mula-mula tu memang lah agak depressed lah jugak. yalah,rupa-rupanya dorang tak berapa suka kita. 
tapi saya taklah merajuk panjang-panjang.
saya buat inisiatif sendiri. lagipun betul jugak kan perangai saya yang kuat merapu ni tidaklah begitu disenangi....

so,sekarang ni saya dah jadi lebih positif....

^^ Nak Tahu Apa Inisiatif Saya tu, Bacalah Entri yang seterusnya yer.... >.<

Lega dapat luahkan perasaan ni...


No comments:

Post a Comment