Saturday, 28 July 2012

Erza Scarlet The Fairy Tail's Titania

Peminat Fairy Tail memang kenal dengan Erza Scarlet yang juga lebih dikenali sebagai The Titania kerana kehebatannya ini kan.
CyandraZoey pun sangat minat kat dia ni. Sampai CZ jadikan profile picture lagi. 
Mengancam hebat Erza ni. Nak tau pasal dia ni? CZ tahu lah serba sedikit pasal c Titania ni sebab Cz pun minat sangat baca dan tengok komik Fairy Tail tu.

Erza ni sebenarnya pada mulanya seorang kanak-kanak yang telah diculik dari keluarganya dan dijadikan tawanan oleh sekumpulan pemuja syaitan Zeref. Erza dan tawanan-tawanan-tawanan yang lain dikerah untuk menyiapkan The Tower of Paradise. Sebab tak tahan diseksa dengan kejam oleh penguasa jahat tersebut,Erza telah menyertai kumpulan kanak-kanak yang diketuai oleh Jerral untuk melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh penguasa tersebut.
Kerana kegagalan misi tersebut, Erza telah dikurung dan diseksa sehingga dia kehilangan penglihatan di mata kirinya. Jerral bertekad menyelamatkan Erza tetapi dia tertangkap dan diseksa oleh penguasa-penguasa tersebut. Demi menyelamatkan Jerral, Erza sanggup memberontak melawan Penguasa mereka dan Erza kemudiaanya menyedari bahawa dia memiliki kekuatan magik yang luar biasa. Magik bertukar dan mengawal besi. Misi memberontak mereka berjaya namun Jerral yang telah dikuasai oleh syaitan Zeref telah mengkianati Erza dan menyebabkan Erza meninggalkan Tower of Paradise.
 Dengan itu, Erza telah menyertai sebuah Guild Magic yang diperkenalkan kepadanya oleh salah seorang tawanan tua di Tower of Paradise iaitu Fairy Tail. Disebabkan oleh Polunisia iaitu seorang ahli magik perubatan ynag juga merupakan sahabat Makarov iaitu Ketua Guild Fairy Tail, mata Erza telah disembuhkan dan memberinya kelebihan untuk tidak dikuasai oleh magik ilusi.
Disebabkan oleh zaman lampaunya yang menyakitkan, Erza Membesar menjadi seorang gadis yang kuat,keras hati dan sangat tegas. Erza Scarlet ( Scarlet adalah nama yang diberikan oleh Jerral kepadanya sempena warna rambutnya iaitu warna scarlet) menjadi salah seorang daripada ahli magic Fairy Tail yang paling kuat. Malah semua orang gerun dan hormat padanya.
Erza boleh membuatkan Natsu dan Gray yang suka bergaduh berdamai, Erza mampu menumpaskan musuh yang ramai sekalipun malah mampu melawan maut ketika nyawanya dihujung tanduk. Walau sekuat manapun  seorang wanita itu, jauh di lubuk hatinya masih ada sifat kewanitaan. Kehadiran Lucy membuatkan Erza suka bergaya comel. Setiap Armor yang dipakainya juga haruslah yang direka khas oleh kedai baju gadis remaja yang terbaik. Malah Erza adalah pemenang kepada pertandingan Miss Fairy Tail sempena pesta Fantasia yang disambut oleh keseluruhan rakyat Mongolia.
Erza Scarlet juga diketahui oleh semua orang bahawa dia sangat mencintai Jerral. Jika anda adalah peminat Fairy Tail, anda juga mampu merasakan bahawa pasangan Jerral dan Erza adalah antara pasangan yang menjadi daya tarikan dalam manga tersebut. Saya sangat berharap mereka berdua ni mampu mengecap kebahagiaan walaupun nampak agak sukar kerana Jerral adalah buruan kepada Mage Council. Mana taknya, Jerral adalah penjenayah besar yang memaksa Council menembakkan Atherion yang boleh memusnahkan sebuah pulau tu. Tapi saya tetap yakin bahawa dua orang ni mesti bersama-sama hingga akhirnya...^^.
Gud Luck to both of you... MuaH

tu je lah entry tuk hari ni...
 len kali, nak buat cita pasal pasangan sweet NaLu iaitu Natsu dan Lucy serta pasangan Air dan Ais Gray dan Lluvia.
tak sabar pula nak tambah entry ni...


I have to admit that blogging is very fun.. ^^,
I can write anything that I want.... I like.. I Like...


No comments:

Post a Comment