and here, I would like to present you,
"How to Stay Positive When You Feel Down"Macam yang dah Saya dah ceritakan sebelum ni dalam post Bila Kita Suka Bercakap tu, saya rasa sangat down, kecil hati, sedih dan mula merasakan diri saya ni hanya menjadi bahan lawak orang lain...
It's Painful.
tapi kita tak boleh merajuk lama-lama.
Walau seperti apapun diri kita ni, ia tetap diri kita.
Kita tak boleh mengeluh dan asyik nak memendam perasaan jak. Kita kenalah ambil langkah yang sesuai untuk mengubati kekecewaan kita dan sentiasa kekal positif.
Jalan terbaik yang saya ambil ialah melakukan aktiviti-aktiviti kegemaran saya. Yang saya sukai, yang boleh membuatkan saya lupa pada permasalahan saya...
jadi ni lah yang saya buat... (KISAH BENAR tau)
1. ONLINE
* saya menggunakan Broadband Maxis 4GB saya dengan sepenuhnya untuk menggembirakan hati saya. Apa yang saya buat?
1. Streaming Video Lawak
2. Watching or download movie online
3.Facebook bap ni jer laman sosial yang saya ada.
4.Baca Komik kat MangaReader
5. Baca preview novel di pasaran dengan Google Books atau buka je Penulisan2u.
6. Chatting kat MSN
7. yang terbaru blogging ni lah..
pandai-pandai korang lah nak surf apa untuk buat korang happy..Tapi ingat,jangan nak menambah dosa nak buka laman web yang kurang sesuai tu ye... Faham-faham lah sendiri.
* hehe, satu perkara lagi yang saya suka buat ialah membaca. Macam-macam buku yang saya baca dan pastinya buku itu sangat saya sukai. John C.Maxwell dan Sophie Kinsella adalah penulis kegemaran saya. alaah..John tu soerang penulis buku-buku motivasi dan c Sophie pula terkenal dengan Shopaholic Series dia tu. Tapi saya jarang beli buku dorang. Baru 2.hehe..
Saya baca buku dorang ni melalui pinjam kat Library atau baca sekerat dua di kedai buku POPULAR atau MPH. Jimat dan menyeronokkan. Well, student lah katakan. Tapi bila dah kerja nanti, nak juga beli buku dorang berdua ni nak jadikan koleksi.
Selain tu,saya suka baca komik Jepun dan novel cinta Melayu.. saya tak suka baca bahan bacaan yang berat-berat, Cukup-cukuplah membaca ilmiah masa nak buat assignment tu bagi saya. Novel kegemaran saya adalah Siri Novel Romeo VS Juliet. best sangat.... <3
* Jangan tak tahu, saya ni suka menulis. Tapi bukan diary lah. Saya tak suka nak tulis Diary, x selamat rasanya. Nanti saya belajar kod rahsia dulu baru saya nak tulis.hehehe...
Saya ni berangan-angan nak tulis novel cinta ikut imaginasi aku sendiri. dan adalah saya buat sikit sikit. Tapi saya tulis dalam laptop lah.
Saya sengaja beli buku nota yang comel-comel untuk meningkatkan lagi tingkat motivasi diri saya ni. Dalam notebook tu saya tulis macam-macam ilham dan peringatan untuk diri saya. Saya selalu bawa buku tu kemana-mana sebap buku tu comel lah..hehe.. korang try lah nanti yerr... :)
---> Well, as a student, i never experienced even a single semester without assignments. Berlambak-lambak assignment saya. Huuhh...
Opppsss...jangan mengeluh. Assignment ni banyak bantu saya meningkatkan semangat saya setiap hari tau. Masa buat assignment tu, saya dah pasang target dah untuk buat yang TERBAIK. Biar semua orang melopong tengok hasil kerja aku..hehe...
Bila Aku dah siap awal-awal lagi. Bukan nak jahat tapi kadang-kadang kita seronok tau bila kita dah siap dan orang lain masih terkejar-kejar nak buat last minute punya. Tak cukup tidur dorang beb...
Apa kau rasa? Hehehe...sorry,saya agak jahat..@_@
* Mesti korang pernah dengar tentang 'Minda yang Sihat Berasal dari Badan yang Cergas'.
Ni lah yang aku cuba praktikkan ni. Bukan ja dapat buang lemak-lemak dan kolestrol yang berlebihan malah boleh mengurangkan stress.. yalah, kita dapat mengerah seluruh tenaga kita termasuk lah semua stress dan perasaan negatif tu kut untuk bersukan.hehehe...Saya biasanya joging jer.. Gim takde.. Sukan lain tak pandai sangat. Selalu buat dengan kawan. Don't Worry masa bersukan, kita tak dapat lah nak cakap banyak. Dorang takkan bosan dengan kita tu..Chill OKay..
Apa yang kita dapat...?
Apa yang kita dapat...?
Kita bukan jak menjadi seorang yang sihat dan cergas malah boleh mendapatkan tubuh badan yang menarik.
Hehe..Bonus
# Doa adalah jambatan kita untuk berhubung dengan Tuhan. Walau apapun agama kita, kita sememangnya harus mencari kekuatan dari Dia yang Mencipta kita. Percaya bahawa Tuhan Sentiasa ada untuk kita. Sebenarnya ini adalah perkara pertama dan yang harus sentiasa kita lakukan tak kira kita senang ataupun susah. Cuma I sengaja letak kat belakang sikit..hehehe...
I'm a Christian and I believe in Jesus .
Walau sesibuk manapun kita,sekuat manapun permasalahan kita, kita harus berbalik kepada Tuhan. Meminta agar kita dikuatkan untuk menghadapi segala permasalahan dan bersyukur kerana Dia sentiasa bersama kita. itu adalah antara apa yang saya doakan. Jadi korang yang bermasalah tu, tak kira anda menganut agama apapun, berdoalah.
7. BERGAUL DALAM KELOMPOK YANG LEBIH LUAS
---> benda ni sangat penting sebenarnya. Walaupun saya sakit hati dengan kawan-kawan saya itu, namun saya masih bergaul secara baik dengan mereka. yalah, tanpa mereka, saya tak tau yang sebenarnya saya ni taklah bagus sangat. Jadi bila kawan korang tak suka perangai korang tu, cubalah berubah yer..
" It's True that True Friend Can Accept Whoever You Are but A Good Friend Never Troubling Their Best Friend by Their Bad Behaviors"Jadi benda yang lepas biarlah lepas yer... Lepas tu, cubalah luaskan pergaulan dengan orang sekeliling anda. Banyak lagi orang yang sudi berkawan dengan anda.
p/s.. Tapi ingat Control sikit tabiat suka bercakap dan merapuh tu. Elakkan daripada menyakiti orang lain.
Tengkiu Very Much..^^,
No comments:
Post a Comment