Friday, 3 August 2012

Tips Bilik Sentiasa Kemas bagi Orang yang Tak Rajin Tapi Tak Pemalas

Hehehe, agak lawak lah pula tajuk entry kali ni....
"Tips untuk Orang yang tak Rajin tapi Bukan PEMALAS supaya Bilik Sentiasa Kemas"
Bagi Budak remaja, bilik macam ni dah tak asing lagi kan...
tak kira lelaki ke, perempuan ke, terutamanya kat hostel di IPTA IPTS kolej dan sebagainya dimana warden taklah rajin nak buat spotcek untuk cek bilik kemas ke tak kan, Bilik yang tak ubah seperti Tongkang Pecah ini adalah normal.
 

Tambahan pula Jadual budak IPT ni memang sangat Packed. Lebih padat dari MILO tu.. 
Kelas dari pagi ke petang, balik nak deal dgn assignment lagi, nak enjoy lagi,projek amali yang berlambak-lambak tu memang buatkan kita semua ni takde masa punya nak kemas bilik.


Tapi itu tidak bermakna kita ni pengotor atau pemalas. Cuma takde masa kan..hehe.. Self-defense.


Tetapi menurut pengamatan dan pengalaman Cz sendiri lah kan, walaupun kita takda masa yang banyak, tak susah nak buatkan bilik kita yang tak berapa cantik tu kelihatan menarik dan sejuk mata bakal mak mentua kita memandang.
Amacam? 
ni orang nak bagi tau lah ni....kalau nak senang korang amalkan jer...
"Pick Up after Myself"
* Konsep ini memerlukan anda mendisiplinkan diri dengan perkara-perkara yang remeh temeh seperti:

1. Cuci Bekas Makanan sebaik sahaja anda siap menggunakannya.

2. Buka baju anda di depan almari yang mana membolehkan anda terus dapat menggantungnya selepas dibuka, atau di depan  bakul kain kotor supaya anda boleh memasukkannya je dalam bakul tu untuk dicuci nanti. Taklah bilik anda berselerak dengan kain-kain kotor.

3. Nampak je ada benda terbiar kat atas katil ke,lantai ke, ambik dan simpan terus.

4. Jika baru balik dari shopping, abaikan dulu rasa penat tu dan terus susun barang yang dibeli itu di tempat yang sepatutnya. Barulah pergi berehat.

5. Jangan Campur-adukkan barang anda, biarpun ruang bilik anda sempit jika barang diatur secara sistematik senang anda nak cari dan susun semula. 
Contohnya,buku diatas rak buku, pakaian dalam almari,makanan ringan di atas almari dan sebagainya.

6. Yang paling penting, anda jangan memulakan sesuatu kerja jika anda tidak yakin anda mampu menghabiskannya atau mengemasnya semula. 
Kumpul tenaga terlebih dahulu baru buat kerja supaya bilik anda tidak bersepah. 

Ingat....
"What may be done at any time will be done at no time"
Jadi jangan bertangguh lagi. Siap jak,tus Kemas. Jangan amalkan "Nantilah saya KEMAS"
Cz tau sangat, takdenya kita nak kemas tu...hehe
Selamat Mendisiplinkan diri...^_Gud luck yer_^......






Ciri-Ciri Gadis Comel

bagi sayalah, ini adalah ciri-ciri fizikal seorang gadis yang comel.
tapi istilah COMEL adalah subjektif bagi setiap orang. Jadi pentakrifan sebenar comel adalah sangat sukar untuk diberikan. 
Terpulanglah kepada mata yang memandang.
Bak kata orang putih " Beauty is in the eyes of the beholder"...

Gadis-gadis kat luar tu jangan pula nak sedih-sedih kalau anda tak memiliki ciri-ciri kecomelan yang CZ senaraikan tu. 
Be Positive. Monyet kat hutan mahupun zoo tu pun boleh dipanggil comel. Inikan pula kita manusia.
CZ pun taklah comel sangat...setakat sedap mata memandang tu, OK lah.

tapi,walaupun CZ punya muka takde lah tomei sangat, ada gak kawan-kawan pompuan mahupun lelaki cakap yang CZ ni TOMEi...hehehe
yang penting orang senang dengan kita...

Korang tak puas hati kan?
sebab Cz x beritahu pun napa orang len boleh panggil Cz yang muka tak seberapa ni COmeL..
hehe...
nantikan entry yang seterusnya..sebab Cz nak buat kajian dulu..
nak tanya kawan2 (dengan berlapik,malulah nak tanya dorang terus-terang jak kan)...
pastu, Cz beritahu u all k...

p/s... saya x perasan.. mereka yg cakap ^^,