"Tips untuk Orang yang tak Rajin tapi Bukan PEMALAS supaya Bilik Sentiasa Kemas"
Bagi Budak remaja, bilik macam ni dah tak asing lagi kan...
tak kira lelaki ke, perempuan ke, terutamanya kat hostel di IPTA IPTS kolej dan sebagainya dimana warden taklah rajin nak buat spotcek untuk cek bilik kemas ke tak kan, Bilik yang tak ubah seperti Tongkang Pecah ini adalah normal.
tak kira lelaki ke, perempuan ke, terutamanya kat hostel di IPTA IPTS kolej dan sebagainya dimana warden taklah rajin nak buat spotcek untuk cek bilik kemas ke tak kan, Bilik yang tak ubah seperti Tongkang Pecah ini adalah normal.
Tambahan pula Jadual budak IPT ni memang sangat Packed. Lebih padat dari MILO tu..
Kelas dari pagi ke petang, balik nak deal dgn assignment lagi, nak enjoy lagi,projek amali yang berlambak-lambak tu memang buatkan kita semua ni takde masa punya nak kemas bilik.
Tapi itu tidak bermakna kita ni pengotor atau pemalas. Cuma takde masa kan..hehe.. Self-defense.
Tetapi menurut pengamatan dan pengalaman Cz sendiri lah kan, walaupun kita takda masa yang banyak, tak susah nak buatkan bilik kita yang tak berapa cantik tu kelihatan menarik dan sejuk mata bakal mak mentua kita memandang.
Amacam?
ni orang nak bagi tau lah ni....kalau nak senang korang amalkan jer...
"Pick Up after Myself"* Konsep ini memerlukan anda mendisiplinkan diri dengan perkara-perkara yang remeh temeh seperti:
1. Cuci Bekas Makanan sebaik sahaja anda siap menggunakannya.
2. Buka baju anda di depan almari yang mana membolehkan anda terus dapat menggantungnya selepas dibuka, atau di depan bakul kain kotor supaya anda boleh memasukkannya je dalam bakul tu untuk dicuci nanti. Taklah bilik anda berselerak dengan kain-kain kotor.
3. Nampak je ada benda terbiar kat atas katil ke,lantai ke, ambik dan simpan terus.
4. Jika baru balik dari shopping, abaikan dulu rasa penat tu dan terus susun barang yang dibeli itu di tempat yang sepatutnya. Barulah pergi berehat.
5. Jangan Campur-adukkan barang anda, biarpun ruang bilik anda sempit jika barang diatur secara sistematik senang anda nak cari dan susun semula.
Contohnya,buku diatas rak buku, pakaian dalam almari,makanan ringan di atas almari dan sebagainya.
6. Yang paling penting, anda jangan memulakan sesuatu kerja jika anda tidak yakin anda mampu menghabiskannya atau mengemasnya semula.
Kumpul tenaga terlebih dahulu baru buat kerja supaya bilik anda tidak bersepah.
"What may be done at any time will be done at no time"Jadi jangan bertangguh lagi. Siap jak,tus Kemas. Jangan amalkan "Nantilah saya KEMAS"
Cz tau sangat, takdenya kita nak kemas tu...hehe
Selamat Mendisiplinkan diri...^_Gud luck yer_^......